Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/littlec/public_html/blog/wp-includes/cache.php on line 36

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/littlec/public_html/blog/wp-includes/query.php on line 21

Deprecated: Assigning the return value of new by reference is deprecated in /home/littlec/public_html/blog/wp-includes/theme.php on line 507
The Little Caliphs Program Blog » Blog Archive » Program Pendidikan Kanak-Kanak yang dinamakan Khalifah Kecil (Little Caliphs).
 
Jun
16
    
Posted (admin) in Harian Metro on June-16-2007

(excerpt from Metro Ahad, 13 Mei 2007, pg. c18-19)

Program Pendidikan Kanak-Kanak yang dinamakan Khalifah Kecil (Little Caliphs).

Puan Sabariah Faridah Jamaluddin memperkenalkan program Little Caliphs ini dan ia lahir daripada sifatnya yang sukakan kanak-kanak. Biarpun mengambil jurusan kimia ketika menuntut di Universiti Carleton, Ottawa, Kanada, dia menggunakan masa terluang dengan mengambil kursus nurseri, belajar secara praktikal mengenai pendidikan kanak-kanak serta menerusi pergaulan dengan orang barat.

Puan Faridah berkata, untuk memastikan program yang diasaskan berkesan, perjalanan pembelajaran cawangan tadika Little Caliphs akan dipantau, manakala guru dibekalkan dengan buku persediaan dan adab mengajar.

Setiap kelemahan akan cuba diatasi. Guru akan dilatih dalam 4 bidang iaitu menjadi konsultan program, dididik untuk menghasilkan buku, menjadi jurulatih serta guru penasihat untuk pihak yang ingin membuka Little Caliphs di tempat mereka

Usaha yang dilakukan Puan Faridah dapat membantu wanita yang ingin bekerja dari rumah. Puan Faridah turut ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia untuk mengkaji lebih mendalam pembelajaran pra sekolah di sana dan diintegrasikan dengan Islam.

Bermula dengan 12 kanak-kanak pada 2003, Little Caliphs dibuka di Jalan Ferum Lima, Shah Alam dan kemudian berpindah ke Jalan Pualam Dua 7/32B, Seksyen 7, Shah Alam. Pusat tadika Little Caliphs itu kini mempunryai 100 murid dan 10 guru. Ternyata program yang ditawarkan mendapat kepercayaan ibu bapa. Ini terbukti dengan kewujudan 25 sekolah tadika yang menggunakan program diasaskan oleh Faridah. Setakat ini, bekas pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Inpens International College (INPENS) itu menghasilkan 30 buah buku untuk pembelajaran kanak-kanak di tadika Little Caliphs. Buku berkenaan tidak dijual di pasaran, tetapi khusus digunakan untuk pembelajaran di sekolah tadika itu yang diwujudkan di Lembah Klang, Pulau Indah, Perak, Pahang, Bangladesh, Afghanistan dan Indonesia.

Cawangan Little Caliphs di Acheh, Indonesia dibuka berpunca kerana tragedi Tsunami manakala cawangan di Afghanistan dibuka kesan daripada berperang.

“Melalui Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY), saya menghantar buku untuk membantu kanak-kanak di negara yang dilanda musibah dan peperangan. Mereka menubuhkan Little Caliphs kerana tertarik dengan modul yang ditawarkan,”

Faridah berkata, untuk memastikan program yang diasaskan berjalan dengan lancar dan berkesan, perjalanan pembelajaran cawangan tadika Little Caliphs akan dipantau, manakala guru dibekalkan degan buku persediaan dan adab mengajar.


Comments are closed.